E-Folio Sukan & Perpaduan

Nama Ahli Kumpulan:
Hafizuddin Daud (F2001)
Syamil (F2031)
Ezlan (F2011)
Ambri (F2013)
Aiman (F2035).



PENGENALAN 

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarbangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik.Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami disamping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti, diskriminasi, pengasingan dan sebagainya.Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.



 DEFINISI SUKAN

'Sukan' merujuk kepada semua bentuk pertandingan aktiviti fizikal atau permainan yang menggunakan ,mengekalkan atau meningkatkan keupayaan fizikal dan memberi hiburan kepada para peserta melalui penglibatan yang terancang.Beratus-ratus sukan wujud, daripada sukan yang memerlukan hanya dua peserta hingga ke sukan yang mempunyai beratus-ratus peserta-peserta pada suatu masa, sama ada dalam pasukan atau bertanding secara individu.

DEFINISI PERPADUAN

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu  negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia  Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.




TOKOH SUKAN MALAYSIA

DATUK LEE CHONG WEI
(Pemain Badminton Profesional)

DATUK NICOL ANN DAVID
(Pemain Skuasy Profesional)

PANDELELA RINONG
(ATLET TERJUN PROFESIONAL)

AZIZULHASNI AWANG
(Pelumba Basikal Profesional)

OBJEKTIF

1.Dapat memupuk semangat sesama masyarakat.

2.Melahirkan minat dan semangat pelajar-pelajar untuk bergerak cergas dalam kegiatan sukan dan permainan di samping mencegah budaya negatif atau tidak berfaedah.

3.Melahirkan masyarakat-masyarakat yang sihat di semua peringkat umur dan sentiasa berdaya saing dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat pertandingan atau perlawanan-zon, negeri, kebangsaan (contoh,SUKMA) dan antarabangsa (contoh , SEA Games).

4.Melahirkan generasi yang berdisiplin ,mematuhi masa dalam latihan dan pertandingan atau perlawanan serta mematuhi peraturan pertandingan atau perlawanan.

KEPENTINGAN 

 *SUKAN

Sukan menambahkan perpaduan negara.Contohnya,kehadiran pelancong untuk menonton sukan yang dianjurkan seperti pengaliran wang masuk melalui penginapan,pengangkutan dan sebagainya

PERPADUAN 

Perpaduan dapat menarik pelancong luar untuk datang ke Malaysia untuk melihat kepelbagaian kaum,agama dan budaya hidup bersatu padu tanpa diskriminasi

KESIMPULAN

 Akhir kalam, penglibatan dalam bidang sukan atau permainan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan untuk menyertai semua jenis aktiviti sukan atau permainan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,berdaya saing dan berdaya maju. Semua kebaikan sukan atau permainan tadi memang boleh terserlah apabila ia dimajukan dengan sebaik mungkin. Ia juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yanglain. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan dan dorongan apabila analk mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan atau permainan itu. Ada satu slogan yang menyatakan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat. Sesungguhnya sukan atau permainan sangat berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Dengan ini, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan bangsa. Disamping itu, kita mestilah memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang yang sangat bermakna itu. Oleh itu, sukan dapat membantu tahap kesihatan diri dan mental bagi seseorang individu terutamanya bagi remaja dan kanak-kanak. Akhir sekali, sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara pemain dengan penonton yang tidak kira apa latar belakang masing-masing maka usaha untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat nasionalisme, integrasi sosial, saling menghormati dan toleransi seharusnya dikekalkan bukan sahaja di dalam gelanggang bahkan juga di luar gelanggang. Ternyata, bidang sukan benar-benar menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Bidang sukan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan dapat menyatupadukan masyarakat. 




Comments